HOME QUEEN SHOPPING TUTOBIES TRAVEL REVIEW NEWER OLDER

Tips : Mengubati Perasaan Putus Cinta
03 October 2013 - Backlink - 0 Comment(s)

Assalamualaikum . Putus cinta ? Siapa yang tak pernah mengalami masalah putus cinta ? Semua pernah mengalaminya mungkin ? Zaman sekarang 90% bercinta kan ? Hanna sendiri pernah mengalami proses kegagalan dalam perhubungan . Erghh rasa kecewa sangat-sangat. Memang sakit sangat hati , sedih sangat . berkecaikecai hati Haha. Tapi Hanna bangkit balik bila hanna rasa tak guna pun muram sampai abaikan diri sendiri dek kerana putus cintaaa . Macam tak logik kan ? Cinta tu bukan satu sayang, ramai lagi manusia yang kita boleh curi cinta diaaa. Jangan lah nak mengharapkan yang satu tu jee. Mungkin jika kita putus, ada yang lebih baik datang untuk kita ? Siapa tahu kan ? Semua tu takdir Allah :) Disini hanna nak berkongsi sedikit tip untuk sesiapa yang sedang putus cintaa . Baca sampai habis tauu .

Solat Hajat minta dilupakan segala kenangan
Hikmahnya bila putus cinta, Hanna jadi rajin solat hajat lepas putus cinta. Dulu rajin solat hajat nak exam je Hihi . Tapi sejak putus cinta, Hanna rajin solat hajat mohon dilupakan segala kenangan bersama, minta dijauhkan dari terjumpa dengan si dia dan macam-macam lagi. Alhamdulillah Allah perkenankan doa Hanna Alhamdulillah berjaya lupakannya dan dah 1 tahun terpisah . Seronok rasanya bila dapat luapakan diaa . yeppii :)
Menangis sepuasnya
Ada yang cakap buat apa menangis buang air mata dan sebagainya tapi bagi Hanna menangis ni lah salah satu cara untuk lepaskan stress atau segala bebanan yang tak dapat nak tanggung dah. Hanna ada juga nangis depan kawan yang hanna rapat dan percaya sangat , entahlah bagi hanna dia je yang dapat tenangkan hanna . Hanna lagi suka menangis time tidur atau mandi jadi takde yang tahu bila Hanna menangis Haha . entahlaa nangis ni bagi hanna bukan melemahkan, tapi menguatkan. Bila dah menangis sepuas-puasnya memang rasa lega sangat hati . Tapi ada juga lelaki yang tak suka tengok perempuan menangis. Haha apa apa jelah janji puas diri sendiri :)
Menyendiri cari ketenangan diri
Maybe semua orang ada cara sendiri nak tenangkan diri kan ? Bagi hanna dan cara hanna tenangkan diri adalah dengan menyendiri . Hanna lagi suka layan lagu, layan blog , buat hanna lupa semua masalah dalam kepala otak ni ha Haha. Ada jugak orang yang lebih suka berkongsi dengan semua rakan - rakan. bagi hanna, hanna tak suka sangat berkongsi. maklumlah zaman sekarang ada yang bertalam-talam mukanyaa ! hanna lebih suka menyendiri dan cari tempat yang menarik dan tenang untuk hanna kosongkan fikiran.
Makan 
Haha makan ni memang favourite la haha. kalau hanna sedih kalau hanna marah, hanna akan makan semahunyaaa. tak kiralah coklat ke aiskrim ke. yang sejuk sejuk dan boleh hilangkan stress memang hanna makan je. bantai je ape yang ada. biar kita makan daripada tak makan . ni bila putus taknak makan. lepastu kesihatan pun kurang. kan tak best dengar tu haha. 
 Pergi shopping
Its a shopping time, haha. kalau rasa beban sangat otak tu keluarkan jelah semua duit yang ada. lagi best . belilah baju ke seluar ke purse ke apa-apa jelah. shopping sorang sorang pun best tauu boleh merayau semahunyaa. takkan ade yg control . memang best sangat sangat . balikkan lewat malam pun janji hati tu puas dan dah tak terbeban dengan masalah lagi :) so bangkitlah. buatlah apa-apa yang boleh mendatangkan kegembiraan dalam diri. kaum wanita kan tak lemah ! bangkitlah sayang :)