HOME QUEEN SHOPPING TUTOBIES TRAVEL REVIEW NEWER OLDER

Part 1 : Langkawi island :)
18 September 2013 - Backlink - 0 Comment(s)

Holla Blogger. fuhh penat. okay hanna baru balik dari langkawi semalam. aih semalam punya cerita baru nak update ? ouh sorry sangat penat. takdapat nak bukak blog. now baru ada masa terluang yang boleh saya share dengan anda tentang trip saya ke langkawi. Btw hanna pegi bkan dengan family okay. hanna pergi ikut rombongan sekolah. our ex school. Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim , ulu gadong. kenapa pergi ? sebab abah kita kerja sebagai penyelia asrama dekat sekolah tu heeee ~ saya ? saya sudah tidah bersekolah. dulu pun 1 tahun setengah je belajar dekat situ. lalalalalala.  terus ke cerita yang saya nak cerita okey.

Trip to langkawi :

Day one : Bertolak dari sekolah pada pukul 9 pm . Sampai Pulau Pinang pada pukul 6 Pagi lebih kurang lah hehe. kami berhenti dekat masjid seberang jaya untuk solat subuh, bersihkan diri dan bersiap untuk perjalanan seterusnyaa . agak lama jugak lah nak tunggu turn ambil wuduk , nak ke toilet pun susah, banyak sangat bas yang berhenti. sangat ramai manusia yang hendak menunaikan kewajipan . terpaksalah menunggu turn untuk menyiapkan diri, manggunakan toilet dan sebagainyaa .

kami teruskan perjalanan kami dan berhenti rehat di RNR Gurun untuk sarapan pagi. memang penat sangat 10 jam lebih kurang duduk dalam bas. Sangat tidak selesa. Sampainya kami ke destinasi seawal jam 11 pagi macam tu la . Destinasi kedua kami sepatutnya pergi ke Padang Besar untuk shopping hehe. tapi disebabkan masa tidak mengizikan , so kami teruskan perjalanan dan berhenti di masjid yang berdekatan dengan jeti iaitu masjid Al Hussain. Cantik sangat Masjid tu. Masjid tu separuh daripada binaanyya terapung di atas laut selat melaka. Seni nya begitu kreatif . Tenang je bila duduk berehat dekat masjid ni. Masjid terapung ini juga memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia Pembinaanya merupakan simbolik bahawa semua manusia berasal daripada adam dan hawa . Unik sangat masjid ni. okay itu serba sedikit yang dapat hanna cerita tentang masjid ini. gambar masjid. boleh lihat di bawah yaa :)


















Menarik bukan ? rekabentuk ciptaannyaaa. okay seterusnyaa kami bergerak je terminat jeti Perlis. feri kami bertolak pada jam 1 tenghari . kami tiba di sini dalam 11.30 macam tu lah. abah cakap dekat situ ada tempat berehat. ada kerusi dan memang selesa untuk duduk. tapi setibanya kami di situ. yaallah tak terkata.ramainyaa kaum adam dan hawa di situu . sungguh besar ciptaan mu Yaallah :) teruja sangat dapat tengok ramai sangat manusia waktu tu. terlampau ramai sampai kami lepak hanya dekat lantai bersebelahan pintu masuk ke terminal jeti . Haha. sangat menyedihkan. orang ramai berpusu pusu masuk . last last feri kitorang gerak pada pukul 2. sangat lambat sebab terlampau ramai sampai tak terkawal. gelagat manusia macam macam ragam :) 

Bila masa dah time hehe. bila masa dah tiba kami pun bergerak dan akhirnyaaa sampai juga di Langkawi . Lega rasanya akhirnya sampai jugak setelah semalaman berada di dalam bas. kebas dah rasa seluruh badan ni haha. Nampak je dataran helang , woww dah sampai Langkawi hehe. Exited sebab baru firstime lihat langkawi pada umur sekarang. last day pergi langkawi pun masa belum kenal dunia lagi . masa kecik sangat sangat hehe, baru sekarang lah ada peluang nak pergi pun hehe. Alhamdulillah . Namun ada juga halangan yang aku hadapi. Moody berpanjangan sepanjang di langkawi. mungkin ada hikmah disebalik semua itu. Takpeeee . aku Redhaa . 

Kami bermalam di mana ? 
Kami bermalam di Motel sahaja . tapi  jangan sangkakan hanya Hotel yang selesa. Motel juga selesa sangat tauu. kami bermalam di Motel warisan tok wan yang menyediakan semua kelengkapan. kebetulan kami sekeluarga dapat bilik atas . memang best sebab ada berandar luar lagi tauu. katil dia pun ada 2 katil besar. kalau bawak family macam kami boleh lah muat 6 orang :) Memang tak sempat nak ambil gambar. tapi rasanya kalau search kat google ada :) Encik google kan sentiasa membantu kitaa . heeeeee ~
kalau siapa yang berminat nk duduk sini boleh la buat tempahan . Antara gambar yang saya sempat ambil : 





Bagi saya Selamat Datang ini unik dan sangat kreatif :) saya menjumpainya ketika berada di beranda . Unik bukan ? 

Sampai sahaja di Motel . kami terus melelapkan mata. cehh rehat sekejap laa. penat sangat kowdd . selesai mandi solat semuaaa kami keluar ke HIG juga sikenali sebagai Haji ismail Group. Siapa yang tak kenal tentang kewujudan bangunan ini hehe . kat sana nak borong apaaa ? cuci mata sahaja . haha . Kami cuma borong coklat dan barang yang orang kirim sahaja. tak banyak pun kami beli sebab harga naik. Maklumlah kami pergi masa hari MALAYSIA sebab tu lah ramai orang :)



Selesai membeli kami terus balik ke Motel menaiki teksi yang disediakan. kalau nak sewa kereta macam rugi je sebab esok kami merantau menaiki bas yang disediakan. Makluman kepada semua teksi dari sini ke pekan kuah hanya berharga RM 12 . haritu kami naik 8 orang termasuk seorang budak kecil :) Sila click Link dibawah untuk baca Part two : ( Kilim Geoforest Park )