HOME QUEEN SHOPPING TUTOBIES TRAVEL REVIEW NEWER OLDER

Part 2 : ( Kilim Geoforest Park )
18 October 2013 - Backlink - 0 Comment(s)
Jam menunjukkan 8:00 pagi , semua diminta turun dan makan bersebelahan dengan Motel . Sebelah sahaja :) jalan kakai dah sampai. taklah jauh mana punn . Disintu ada menyediakan nasi goreng dan air teh panas untuk kami bersarapan . Katanya bas akan sampai pada jam 9:00 pagi dan akan meneruskan perjalanan ke Kilim Geoforest park di situ kami boleh melihat bagaimana Helang makan :) Woooo tak sabar


Kami memulakan perjalanan ke Kilim geoforest Park dimana kami berpeluang melihat Helang yang berada di Langkawi ni makan Haha. Nak tahu apa yang kami lihat lagi selain Helang ? Baca sampai habis :)

Kilim Geoforest Park :)


#Sedikit sebanyak sejarah Sungai Kilim :)




Disini terdapat lebih kurang 90 bot untuk dinaiki  Ada 4 package yang tersedia sinini. Anda boleh pilih nak pakage yang mana satu . Harga dan tempat persinggahan lain-lain :) Lagi mahal lagi banyak lah tempat persinggahan korang Whoaaaa ~


Disini kami hanya mengambil package 1 Hours only . Kami pun kesuntukan masa . Antara tempat yang akan kami pergi ialah Bat Cave , Fish Farm Eagle Watching dan Andaman Sea Tour. This is my second time berada di Langkawi . Masa firstime dulu masa kecik-kecik memang taknampak lah apa itu langkawi Muahahaha. Sekarang baru lah dapat melihat kesempurnaan Langkawi . Indahnya Ciptaan Allah kan ? Alhamdulillah . Okay sekarang kami diminta beratur untuk naik boatt. Whoahhh satu boat boleh muat dalam 11 orang macam tu lah lebih kurang. If nak naik 2 orang pun boleh . Tapi kalau nak jimat naiklah seberapa muat yang boleh Haha. #Mengikut Tafsiran hanna 




Okayy dalam boat tu bukan hanya family hanna okehh ada juga family lain-lain . Jangan kedekut sangat Haha. Boat tu selagi boleh muat sumbatkan aje Hihi. Nampak Hanna yang berbaju serba merah di sana. Sedang cover mata yang sembap akibat perselisihan faham dengan seseorang Hihi. Memang sengaja membuntangkan mata supaya nampak jugak kecomelan disitu --' Bergerak boat dengan lajunyaa . Sekarang hanna nak cerita tempat persinggahan yang pertama dan seterusnyaa 

Gua Kelawar / Bat Cave 





Nama pun gua kelawar , mesti menyeramkan Haha. Mula-mula rasa taknak turun tapi disebabkan belum tentu lepasni boleh pergi lagi , Hanna pun turunlah bersama dua orang adik . Mencabar sikit rasa bila masuk dalam ni dahla gelap gelita dengan bau-baunya lagi . Banyak sangat monyet-monyet disitu Seramm. Monyet tu menjeling-jeling manja je bila kita lalu depan diaa. Besar pulak tuu . Nahh nadib baiklah si kelawar-kelawar yang baik hati tu duduk diam-diam je dekat bumbung guaa. Kalau nak ikut kajian , jika populasi kelawar tidak bertambah , tidak boleh dijadikan tempat melawat. Populasi kelawar pada tahun-tahun lepas sudah bertambah 1200 ke 1500 ekor . Wow interesting bukan .  Dalam gua  ni ada banyak papan-papan tanda , hanya untuk info si pembaca :) So kalau dah sampai sini cubalah ambil info-info menarik tu masukkan kat dalam otak Hahaha .




Fish Farm / Penternakan Ikan


Haaa dekat sini korang boleh melihat ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar dan boleh juga usik ikan-ikan ni Haha alamakk masa ni hanna tak turunn lah . Rasa malas pula nak nengok ikan Haaha. Hanna cerita berdasarkan daripada adik-adik hanna yang turunn. Disini ada ikan pari , boleh juga kalau nak berikan dia makan tau. Belangkas juga ada. eiyeeerrr orang cakap makan belangkas sedap. sedap ? taktahulah belum rasa nak makan lagi Haha.




Eagle Feeding / Helang mencari makan :)

Disini lah tempat yang hanna exited sangat nak tengok Haha. Mula-mula ingatkan kami yang berikan helang tu makan sendiri. Wahh syokk ah kalau macam tu kan, tapi rupa-rupanyaa abang yang bawak boat tu berhentikan kami di tengah-tengah laut tu dan campakkan kulit ayam untuk helang - helang tu makan :) Memang mula-mula helang takde sebab ada lagi satu boat tu dah campak dulu, so helang tertumpu dekat sekitar situ sahaja. Tiba-tiba banyak sangat helang datang makan dekat sangat dengan boat kami . Teruja gila masa tuuu 





Andaman Sea Tour / Laut Andaman

Masa dekat laut andaman ni lah korang akan dapat messege di inbox masing-masing "welcome to Thailand" if korang update status pon akan tulis tempat korang berada sekarang di Thailang sebab Laut andaman ni ialah laut yang bersempadan dengan Thailand :) Padahal tak jejak pun Thailand lagii . Haha. Kat sini ada Pulau kasut . Kat sini jugalah tempat yang tak sah kalau pergi tak bergambar Haha , Unik tempatnyaa . Nampak ? Siapa yang pergi taknak ambil gambar ? Mai cakap sikit kat hanna Haha bertuah tak ambil satu gambar pun kan ? Jangan tipuuuu :P


#See pulau kasut dan seorang budak comel sedang menikmati lensa kamera di depan wajahnyaa Haha.

Ni last tempat persinggahan kami selama Sejam lebih sikit Haha. Terimakasih dekat abang yang bawak kami jalan-jalan dengan kerenah masing-masing. Sampai jumpa lagi if datang lagi dan dapat boat yang sama kuikui. So setakat ni je perkongsian saya selama di Kilim. Lepasni nak sambung perjalanan . Nantikan Part 3 dari Hanna okehh . Sekian .