HOME QUEEN SHOPPING TUTOBIES TRAVEL REVIEW NEWER OLDER

Part 4 : Alpharions We Are The Champion :)
10 July 2013 - Backlink - 0 Comment(s)

Assalamualaikum . Alpharions We Are The Champion . Okay tajuk yang ringkas tetapi padat. Hanna nak cerita yang kami Kompeni Alpha dan ada nama . Yeayyy . ALPHARIONS nama diberi :) kami berjanji yang kami akan bekerjasama dalam kumpulan dan mengenali kumpulan lebih dekat. Hanna tak ingat sangatlah. Malas rasanya nak salin Haha. Kami ditugaskan buat bendera kumpulan . Hoho bendera kompeni kami warna Merah :) 



Budak-Budak poyo bergaya dengan bendera Kompeni kami :) Jyeahhhh Alpha the best ! Yallah rindunyaa dengan merakaa :) Lagu kompeni kami ada 2 . Sorakan kami memang banyakk tak terkata Haha ada sahaja yang direka oleh Wira dan Wirawati Alpha . Bersaing dengan Kompeni yang lain . 

Alpha Sayang 

Alphaa sayanggggg 
Alphaa sayanggggg
Alpha sayang kami cintaaa
Alpha Hebat ! Alpha Hebat !
Alpha hebat pasti menang ~
Mari kita bergembira ,
Alpharions pasti Menang :) 

Go Alpha Go 

yakin itulah pegangan bersemangat tak putus asa gogogogogo
#panjang sangat tak dapat nak menaip Haha

Best sangat sangat kompeni Alpha . Dekat PLKN bila malam suka sangat tengok bintang , bintang kat Ulupari sentiasa ada dan banyak sangat. Cantikk Bagi aku yang suka sangat kira bintang memang sukaaa. Abaikan kawad. meh kira bintang dengan Hanna :) Hanna rindu sangat sangat dekat Jiha ngan nasha . Asalkan nampak bintang mesti rindu sangat sebab diorang je yang suka tengok bintang dengan hanna Hurm rinduuu :* 

#Yang ni nasha yang bagi hanna , dia sorok dekat atas dalam locker hehe. masa ni kitorang balik cuti raya cina :)

Hanna takdapat nak ceritakan semua disini tapi hanna akan share jugak sedikit sebanyak tentang PLKN untuk adik adik yang takut nak ke PLKN tu huaaaaaa. Minggu seterusnyaa berlangsung Modul 2 bagi kelas . Modul yang bertajuk : Menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain . Haaa modul ni hanna kebetulan dapat sama kumpulan dengan Fakhri. Errrr kenapa yaaa ? Dah satu kelas satu kumpulan lagi . Memang ergh . Entah tak sukaaa. Kumpulan kali ni Boleh laa best dari kumpulan pertama sebab budak dia happening :) Hanna paling suka masa buat Lakonan :) Entah macam best kitorang buat pasal ujibakat menyanyi . Haha hanna sorry lah nak nanyi hanna cuma jadi JURI yang tak seberapa nak juri . Masa modul 1 dulu bila nak ke Modul 2 berpisah kumpulan :( sedih sangat sangat . Yang menjadi kenangan ialah buku dan Autograph merekaaa :) kitorang diberi masa untuk beri ucapan maaf kepada ahli kumpulan . Yelah mana tahu ada salah silap kann . Lagu yang dimainkan buat hanna sedih . Kawan-kawan lain turut sedihh. Hoooo byebye kawan baik :) 

Modul 2 : 
Masa modul 2 ni banyak sangat bende yang kami belajar hanna suka. Kadang-kadang hanna rasa best pulak dapat satu kumpulan dengan Fakhri sebabb dalam pelajaran tu banyak yang berkaitan dengan Janji :) Memungkiri janji. Sedapnyaaa bila kena perli kann ? Haha memanglah hanna pun kene perli sekali tapi lantaklahh pedulikan semua yang tak betul Haha. Itu modal untuk kenakan dia je . Takde sikit pun rasa nak rapat balik okayy . Hanna suka aktiviti gula gulaaa . kita kene pilih partner dan main lawan tangan sape menang ambil gula-gula sape kalah letak balik. Kita kena bermain dengan otak cikgu cuma nak uji kita Haha. hanna dengan partner takde sape yang menang . Haha . Win Win situation ? Macam macam lah cikgu ni. :P sebenarnya hanna tak sabar nak tunggu kembara halangan :) Hoho. Nama kumpulan hanna kali ni HELANG :) Selesai modul 2 macam biasa kami ada sesi autograph pulaa . Jap lupa setiap modul masa mula mula start belajar kami akan lukis apa yang kami buat semalam dekat ruangan pementaan visual . Lukis la carta ke apa Haha macam budak budak sangat rasa masa tu. Yang tak cantik tu main tutup-tutup je lukisan merekaaa kuang-kuang :P Kini berakhirlah Modul 2 kami . bye bye kawan kawan :)

Autograph Modul 2 : 


# Terimakasih sebab berikan kerjasama dalam kumpulan dan jadi kawan yang terbaik :)

Hanna akan ceritakan lagi pasal PLKN . Tunggu posting hanna pada Part 5 yaaa Terimakasih sudi baca cerita yang panjang lebar dari Wirawati Hanna Nadhirah dari Kompeni ALPHA :)


#Bestie Ever :)