HOME QUEEN SHOPPING TUTOBIES TRAVEL REVIEW NEWER OLDER

Diploma Teknologi Maklumat ( Pengaturcaraan )
25 October 2013 - Backlink - 0 Comment(s)
hh
Hai blogger, Alhamdulillah hanna dapat jugak panggilan dari politeknik , dah lama sangat membosankan diri di rumah . Nasib je tu heee. entah , berkat doa dari ibu dan keluarga. walaupun bukan kos yang hanna nak dan hanna minat , tapi abah letakkan harapan yang tinggi sangat supaya pointer hanna tak merundum . Insyaallah hanna akan cuba sedaya upaya buat yang terbaik untuk mereka. Hanna dapat politeknik Muadzam shah, Pahang. jauh daripada negeri sembilan. Ergh belajar pulak duduk jauh kali ni. Selama 17 tahun berkepit dengan family Hehe. Doakan hanna di sana okey :) 



SINOPSIS PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, e-Dagang dan Pengurusan Perisian. Kursus-kursus elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar.

Panjang kan ? Actually hanna sendiri taktahu dan tak faham apa yang sinopsis tu terangkan Haha. takpelah hanna rasa belajar code pun ada hehe. boleh lah hacker hacker nanti kot ataupun boleh lah lepasni bantu sesiapa yang nak belajar code kan kan ? Haha takpeelaa. belajar je dulu . doakan kejayaan hanna oakay rakan rakan :) 

Sekian .