HOME QUEEN SHOPPING TUTOBIES TRAVEL REVIEW NEWER OLDER

# 10 Tanda Boyfriend Anda Pengongkong
06 April 2013 - Backlink - 0 Comment(s)

10 Tanda Boyfriend Anda Pengongkong


#10 Sentiasa di sisi anda
Ayat ini mungkin kedengaran manis dan mengujakan. Tapi jika maksudnya di situ adalah sentiasa 24/7 di sisi anda,peluang untuk anda memiliki controlling boyfriend  sangat tinggi. Sekarang tiada lagi masa untuk rakan-rakan, tiada lagi girls’ night out melainkan dia ada bersama.
#9 Biadab
Kata-kata tidak lagi sopan dan seikhlas dulu. Tiada ucapan terima kasih dan senyuman ikhlas terukir di wajahnya. Sedikit kelewatan atau kecuaian, anda pasti dimarahinya bagai anak kecil.
#8 Dipaksa melakukan apa yang disukainya
Dia tahu anda tidak sukakan tempat yang bising, tapi dibawa juga menonton gig di bandar. Sesak, berbau, lembab, tapi apakan daya dia boyfriend anda, terpaksa mengikut kehendaknya.Hinggakan tempat makan dan dating pun dia yang pilih, selera anda langsung tak diendahnya.
#7 Sering meyoal
Apa sahaja yang anda lakukan akan disoalnya. Seolah-olah dia seorang majistret. 
Hatta ayah anda tidak sekecoh si dia dalam mempersoalkan dengan siapa anda bergaul dan ke mana anda pergi.
#6 Dilarang ber-Facebook
Keaktifan anda bersosial di laman facebook seakan-akan disekat olehnya. Kata kunci akaun anda juga perlu diberi padanya dan si dia akan memantau setiap gerak di wall anda. Lebih teruk lagi jika si dia meminta untuk anda memadam terus akaun facebook.
#5 Cemburu buta
Ada saja yang tidak kena di matanya. Urusan sesama rakan atau atas dasar kerja pun diraguinya dek cemburu tidak bertempat. Kadangkala perbalahan ini tidak masuk akal dan anda mula penat melayan kerenahnya yang keanak-anakan.
#4 Melimpahkan wang kepada anda
Jangan mudah terpedaya dengan kesenangan material yang diberikan oleh kekasih anda
Adakalanya (bukan semua), hadiah atau wang yang diberi kepada anda ada tersirat sesuatu. Si dia cuba menjadi superior
daripada anda, si dia akan berusaha untuk ‘menang’ dalam semuaperkara agar anda mudah mengikut telunjuknya kemudian.
#3 Anda tidak berharga baginya
Benar, anda girlfriend-nya. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan masalah anda. Anda menghadapi situasi genting, gagal dalam ujian, atau tekanan dalam keluarga, tapi si dia hanya buat endah tak endah sahaja.
#2 Berlaku kasar
Jika si dia sudah berani menghamburkan kata-kata kesat di hadapan anda, apa lagi yang perlu diagung-agungkan dengan lelaki dayus sebegini? 
Apatah lagi jika si dia mula naik tangan…
#1 Anda tidak gembira bersamanya
Jelas sekali, semua perasaan datangnya daripada hati dan naluri kita. Jika anda sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena, anda rasa lebih tenang jika si dia tiada di sisi berbanding bersama, tiba masa anda perlu keluar dari kepompong ini. Ingat, kata hati tak pernah menipu!